Total Pageviews

Monday 18 July 2011

Amukan Regim UMNO di Mesir

Posted on 23:49 by along




"Ekoran dari kejayaan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir mengadakan perkumpulan secara aman menyokong BERSIH 2.0, pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) MENGAMUK SAKAN cuba menzahirkan bahawa mereka lebih hebat dari Tuhan membunuh masa depan pelajar.

Apabila ditanya, sudah tentu semua akan berbangga mendakwa bahawa Malaysia merupakan negara yang bertamadun menjunjung konsep DEMOKRASI. Bebas menyuarakan pandangan. Bebas menzahirkan pendirian. Namun hakikatnya apa yang tinggal hanyalah UNDANG-UNDANG RIMBA mencengkam rakyat dengan kuku yang ditempa dari besi. Amukan regim Malaysia melampaui benua Afrika memangsakan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Yang terbaru kes Mohd Firdaus Madzlan yang ditendang dari Kursus Darul Ifta’ kerana ‘kesalahan’ menganjurkan perkumpulan Bersih di Kaherah. Impian beliau yang akan menyambut majlis konvo 25 Julai ini musnah apabila pihak Jabatan Penuntut Kaherah a.ka. JPMK yang bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (baca UMNO) mendesak pihak Darul Ifta’ mengugurkan nama Mohd Firdaus Madzlan. JAHAT!

Tidak cukup dengan itu, pelajar-pelajar yang ingin berurusan dengan JPMK akan DISOAL SIASAT oleh pegawai (baca pencacai UMNO ) yang bernama KHAIRI JALALUDDIN tentang pembabitan dengan BERSIH. Dia akan mengeluarkan 3 album gambar untuk memeriksa samada pelajar tersebut menghadiri perkumpulan BERSIH ataupun tidak. Jika ada, dia akan memaksa pelajar tersebut supaya menyenaraikan penama-penama dalam gambar yang ditunjukkan. SAMSENG!

Terkini pelajar-pelajar yang menetap di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) DIHALAU secara lisan oleh warden. Tindakan tersebut gara-gara kerana mereka terlibat dalam perkumpulan BERSIH.

Belum lagi dibongkarkan bagaimana kerja pegawai-pegawai JPMK dan KBMK berjumpa dengan dekan kuliah Ulum Islamiyyah Universiti al-Azhar berbekalkan gambar-gambar peserta BERSIH supaya nama yang disenaraikan DITENDANG dari Universiti al-Azhar. ZALIM!

Jika ingin diungkap dengan bahasa UMNO, bukankah semua pelajar Malaysia di Mesir merupakan orang Melayu? Kata sayang sangat dengan orang Melayu. Mengapa sanggup menyembelih nasib orang Melayu? Pelajar-pelajar di negara lain tidak dikenakan tindakan sekejam itu. Tak akan berani dengan bangsa sendiri je?

Jika kita amati UMNO BN banyak menangani isu BERSIH tuntutan rakyat dengan tindakan nekad. Pendek kata apa nak jadi, jadilah. Begitu juga apa yang berlaku di Mesir, inilah tindakan yang paling gila yang pernah dibuat oleh pegawai-pegawai (baca pencacai UMNO). Jika benarlah falsafah yang mengatakan ‘sesebuah kuasa jahat akan tumbang di kemuncak kejahatannya’, maka sekarang adalah detik UMNO BN di kemuncak ketakutannya dan akan sanggup melakukan apa sahaja untuk survival regimnya.

Tidak kira anda pelajar, penjawat awam, warga tua atau sebagainya, pastikan anda semua mencarum saham menumbangkan regim UMNO BN acuan Firaun.

::bn jahat-sejahat-jahatnya

disedut dari tranungkite

3 Response to "Amukan Regim UMNO di Mesir"

.
gravatar
Meck Says....

kesian gila. apa drg ni. ingat buat macam ni orang takut. tgk mcm mana nnt

.
gravatar
Cloud Chaser Says....

tulahh..masa belajar pergilah carilah ilmu sungguh2..belum masa nak berpolitik lagi...dahlah kerajaan support hang belajo tak tau nak terima kasih plak...dicampakkan dgn tahi pulak..mmg patutlah hukumannya..bukan apa, pemimpin yg sedia ade mmglah byk makan rasuah, tapi aku percaya kalo pihak pembangkang naik pun lagu serupa jugak yg diorang akan mainkan..so bab rasuan tu biarlah depa jawab ngan tuhan nanti..tapi selagi pemimpin kita sembahyang lima waktu maka wajib kita mentaatinya keran beliau dah dapat restu dari allah..jika tidak takdelah depa ni jadi pemimpin..

.
gravatar
Keris Pusaka Says....

nie la namanya tak kenang budi....dulu time susah kerjaan BN nie la yang bawa balik penuntut2 di mesir ketika revolusi mesir kerana takut akan terjadi apa2 pada rakyat malaysia.....mak bapak pakat minx kerjaan bawa balik anak2 mereka pulang...kini ibarat diberi madu dibalas tuba....setelah senang kembali bangkit tentang kerjaan...pergi menuntut ilmu cukupla....kerjaan habiskan jutaan ringgit nak lahirkan seorang graduan ......belum masa nak berpolitik....kena la buku dgn ruas...wajar dibuang shj pelajar mcam itu yang menganjur himpunan menentang krjaan.....

Leave A Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Bloggers - Meet Millions of Bloggers Kedah Blogger Community