Total Pageviews

Wednesday, 24 August 2011

che'GuBard tidak perlu mohon maaf sebaliknya Rosmah harus tampil memberi penjelasan.



Sejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

che'GuBard dituntut mohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawab apabila kononya didedahkan menipu.

Persoalan penting ialah adakah media arus perdana berani mengeluarkan kenyataan che'GuBard mengenai perkara ini.

Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud satu kemasukan berlian bernilai RM24.45 j terkait nama 'Imelda' Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Cuma sekali dia menjawab itupun hanya menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan.

Menarik perlu diperhatikan di sini. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bukti tersebut palsu dan akhirnya sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Mungkin gagal menyusun skrip pameran sulit maka seorang lagi pengampu muncul dan mengatakan belian tersebut bukan milik Rosmah tetapi milik besannya. Jadi mana yang betul sebenarnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.

Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama teman-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan menurut sumber kami di sana A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klik http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ juga http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/
Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
terbaru mereka guna media perdana termasuk Buliten Utama TV3 untuk menyerang che'GuBard. Kenyataan Anuar Shaari yang lagaknya umpama setiausaha sulit 'FLOM' menyatakan kononya berlian itu bukan milik Imelda Rosmah sebaliknya milik besannya. Ini menjadikan rakyat tertawa dengan semua hujah mengampu bela Imelda Rosmah dan lebih sedih dan marah dalam kesempitan hidup seharian.
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran dan terbaru mengakui bukan sahaja berlian itu wujud masuk tetapi pusing cakap pula kata kononya berlian itu milik besannya tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.
http://chegubard.blogspot.com/2011/06/ketika-rakyat-susah-jom-tengok-beg.html
http://chegubard.blogspot.com/2011/01/najib-terus-dipersenda-kerana-rosmah.html
Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

Ingat che'Gubard tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?

Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Imelda Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co.

Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf KOMPAS atau Pengarah Komunikasi PKR. Sebaliknya imelda Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar.

Kepada pengampu - pengampu lebih baik kamu semua diam dan nasihat Rosmah untuk jawab kerana lagi banyak pengampu ini jawab makin berbelit isu berlian ini. Cubaan kamu semua mengampu sebenarnya meletakkan Imelda Rosmah dalam keadaan lebih sukar.

sumber:chegubard

Monday, 8 August 2011

Tanpa media alternatif, media perdana jadi 'gangster'



Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri.

"Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana.

"Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa.

Bekas pengarang Berita Harian itu - yang meletakkan jawatan bagi membantah "meresapnya kuasa politik dalam akhbar" - juga mengambil peluang menggesa anak muda berubah.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim".

"Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?".
Sebelum itu, bercakap dalam majlis yang sama, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata perkembangan media alternatif sebagai sumber maklumat akan membantu ke arah "demokrasi dan persaingan sihat".

Ini kerana, tambahnya, lanskap media sekarang berada dalam keadaan tidak sihat ekoran beberapa kekangan terhadapnya seperti melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

"Jadi asas persangain kita tidak sihat. Misalnya tiada hak untuk menjawab dan tiada wacana tanding (di media arus perdana)," katanya yang juga bekas pengarang majalah Detik yang pernah diharamkan kerajaan ketika era reformasi pada 1999.

Fathi bagaimanapun berkata, untuk terus beroperasi, media alternatif amat bergantung kepada sokongan pembaca kerana pasaran iklan yang terhad.

"Bukan sahaja (menyokong) dengan membaca, tetapi juga melalui dana. Kalau Malaysiakini, kena langganlah," katanya yang percaya kebebasan media sentiasa disokong oleh kebebasan kewangan.

Dalam majlis anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, Malaysiakini diberi peluang berucap mewakili media alternatif.



malaysiakini

Friday, 5 August 2011

Akhbar Jakarta: Besan Rosmah ada hubungan Mafia Rusia



Sebuah portal berita Jakarta, Kompas.com mendakwa bakal besan Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai pertalian dengan organisasi mafia Rusia.
Walaupun tiada sebarang perincian diberikan, portal berita itu mendakwa Rosmah kerap kali bercuti dengan bakal besannya itu yang dikenali sebagai Maira Nazarbayez.
Maira Nazarbayev adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev, tunang kepada Noryana Najwa, anak perempuan kepada Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan organisasi mafia Russia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah,” lapor Kompas.com
Rencana yang sama turut menyentuh tentang dakwaan pembelian cincin bernilai USD24 juta oleh Rosmah daripada syarikat Jacob dan Co.
Lapor rencana itu lagi, pengasas Jacob dan Co iaitu Jacob Arabo, adalah seorang Yahudi dari Uzbekistan yang beberapa kali dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kegiatan membersihkan wang haram.
“Mungkinkah kes cincin berlian USD24 juta dollar ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri menentukan,” tulis rencana itu.
Rosmah sebelum ini memang dikenali dengan citarasa mewahnya yang berbelanja sakan apabila melancong dengan menyertai rombongan rasmi kerajaan ke luar negara.
Beliau dilapor pernah menghabiskan kira-kira RM100,000 semalam untuk sewa bilik Hotel Atlantis di Dubai dan beliau juga didakwa pernah mengarahkan sebahagian gedung Harrods di London ditutup untuk memudahkannya membeli-belah.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga dilaporkan menggunakan tas tangan Birkin Hermes yang berharga USD120,000 dan memerlukan pembelinya menempah dan menunggu selama enam tahun sebelum dapat memilikinya.
Laporan mengenai Rosmah yang disiarkan Kompas disini


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18260

Bonus kakitangan awam petunjuk pilihan raya umum




Pentadbiran Najib berdepan satu cabaran dan peluang baharu apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut bonus dua bulan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, isu yang berpotensi besar untuk dikait dengan politik.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, isu bonus kakitangan awam yang melibatkan lebih 1 juta orang memberi impak yang besar kepada sentimen sokongan terhadap pemerintah.

Rakyat Malaysia mengalami kos hidup yang semakin meningkat ekoran peningkatan harga pelbagai barangan keperluan sejak kebelakangan ini, sehingga kos hidup dijadkan salah satu bidang keberhasilan utama nasional oleh pentadbiran Najib.

Kakitangan awam yang sejak kebelakangan ini tidak menikmati bonus sekali lagi melahirkan harapan untuk menerima ganjaran tersebut, ekoran tuntutan terbaharu Cuepacs, yang segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Isu pemberian bonus juga semakin diperkatakan selepas Felda mengumumkan pemberian hadiah wang tunai kepada setiap peneroka sempena hari raya sebanyak RM400, tindakan yang dilihat untuk mengambil hati peneroka.

Felda berdepan kempen negatif daripada pakatan pembangkang, diketuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Anak pimpinan aktivis PAS, Mazlan Aliman.

Felda meningkatkan kempen penerangan yang turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kebelakangan ini apabila kempen Anak kelihatan semakin menerima respons positif peneroka.

Sebelum ini, perhatian kepada guru turut mencetuskan persaingan antara pemerintah dengan gabungan pembangkang, dengan Pakatan Rakyat menjanjikan ganjaran sekiranya mengambil alih pemerintahan pusat dan kerajaan memberi ganjaran untuk mengatasi janji pembangkang.

Keputusan sama ada bonus diberikan, dan jumlah ganjaran yang bakal diputuskan Putrajaya nanti dijangka mengundang reaksi segera dan meluas yang berpotensi memberi kesan kepada populariti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib, sesuatu yang akan dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Pentadbiran Najib dijangka mengambil kira dengan serius pemberian bonus ekoran implikasi politik yang besar tindakan ini, yang bakal menjadi pemberian terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Pelbagai pihak termasuk penyokong pemerintah kini turut mendesak pemberian bonus, ketika rakyat berdepan tekanan peningkatan kos hidup dan terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Cuepacs juga menegaskan pemberian bonus dan bukan pemberian-pemberian lain seperti sebelum ini, yang jumlahnya jauh kurang berbanding bonus seperti yang dituntut.

Isu gaji, kos sara hidup melibatkan harga perkhidmatan, tenaga dan bahan keperluan seperti makanan dan petrol menjadi kempen utama pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12, dan dijangka akan terus menguji pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Saiz perkhidmatan awam negara yang besar dan menelan perbelanjaan banyak menjadi satu isu yang kompleks ekoran pelbagai implikasi yang mampu dicetuskan.

Perkhidmatan awam menerima kritikan sebagai tidak memenuhi potensi dari segi kecekapan dan turut mencetuskan sentimen kaum ekoran sebahagian besar kakitangan awam ialah orang Melayu.

Kerajaan Malaysia sendiri mempunyai jumlah menteri kabinet yang ramai berbanding aktiviti dan jumlah rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, selain Kementerian Pelajaran, diwujudkan juga Kementerian Pengajian Tinggi, di samping pelbagai portfolio yang kelihatan tidak jelas dan tidak diletakkan di bawah kementerian yang sewajarnya.

http://siasahdaily.blogspot.com

Wednesday, 3 August 2011

Permata Rosmah: Zuraida gesa Najib debat di parlimen



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa merujuk permintaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang mahu peruntukan lebih untuk Program Permata Negara (Permata), dibincang di parlimen.
Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin berkata, Ini kerana peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata pada Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.
“Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Menurut Zuraida, wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan publisiti dan peribadi, termasuk pembelian beg tangan dan cincin berlian berharga jutaan ringgit.
Tambahnya, Permata yang turut mendapat peruntukan RM100 juta pada 2010 perlu membentangkan laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian programnya kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambahbaikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.
“Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam,” kata Zuraida.
Pada 28 Julai lalu, Bernama melaporkan Rosmah meminta supaya peruntukan untuk Permata ditambah kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.
Permintaan itu dilihat tidak sesuai ketika rakyat mennghadapi kesengsaraan akibat kenaikan harga minyak dan harga barang.
Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18022

Monday, 1 August 2011

Ranum Ramadhan- a.samad said


Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terhampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih.

Amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke kalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khalifahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Idulfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

a.samad said

Friday, 29 July 2011

[video inside] isu cincin: Rosmah Nafi Milikinya Tapi Gagal Jelaskan Tentang Bukti Dokumen Kastam


eh?? betulkah?? Rosmah dah bagi jawapan pasal isu cincin yg harga juta-juta tu.bila aku teliti balik berita tuh . aku rasa macam lawak pula. Dia cuma mengatakan berita tentang cincin yang juta-juta tu cuma fitnah daripada blogger pembangkang? eh kak ros ni . rakyat malaysia ni nak minta penjelasan pasal isu cincin juta-juta tu tapi lain pula yang diminta, lain pula yang diberi. segala macam bukti dah tunjuk, tapi dia dok cerita pasal lain pula. nampak sangat nak cuba lari dari situasi..ishh..dia ni la...

Rosmah berkata..
[sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.]-nampak kan!! apa kejadahnya yang hang dok beria-ia sangat nak bantu rakyat. hang piem malaysia ka isteri hang yang jadi piem malaysia .lawak lor bik mama ni.

Rosmah berkata..
[Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting]-ini sekali lagi dia menunjukkan kuasa piem original malaysia.wahhh

Rosmah berkata..
[sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,] -yerlah kak ros oi!! kami tahu..hang yang banyak membantu rakyat kat kampung. yang dok keluaq dalam rancangan BERSAMAMU tu kan hang dah tolong semua dah kan? punggah!!!!

RM bakal menjadi piem malaysia nanti.undilah RM untuk kesejahteraan rakyat...kekekekeke..

sumber:
berita harian
themalaysianinsider
malaysiakini



ini pula berita dari tvs

Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian "bongkak dan angkuh" Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

"Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,"katanya kepada Tv Selangor.

Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.

"Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

"Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,"katanya lagi.

Sikap berdolak-dalih dan angkuh isteri Perdana Menteri menimbulkan 1001 persoalan manakala alasan pihak tertentu kononnya cincin itu dibawa masuk bagi tujuan pameran 'sulit' sebelum di bawa keluar ke Singapura tidak logik sama sekali.

"Kalau (cincin) masuk untuk (tujuan) pameranlah.. (sedangkan) kalau dia buat pameran fesyen (biasa pun), dia paksa semua media untuk siarkan pameran fesyen dia. Kalau dia buat pameran berlian RM24 juta.. takkan dia tidak panggil media.

"Bila kita tanya pameran di mana? Pameran di sebuah tempat sulit, Bila? Di tarikh yang sulit. Siapa tetamu jemputan tengok pameran ini, oh tetamu yang sulit. Saya merasakan mereka sedang mencipta alasan demi alasan untuk membela Rosmah bin Mansor,"kata Chegubard.

Terdahulu sebuah Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

"Persoalan saya pula ialah....kalau masuk untuk pameran, kenapa tidak masuk prosedur untuk masuk pameran?" soal beliau.

Semalam, ketika mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi ke Kedah, Rosmah dipetik berkata bahawa beliau difitnah oleh blogger tertentu sebagai memiliki sebentuk cincin berlian RM24 juta.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Bagaimanapun Rosmah tidak menjelaskan dokumen-dokumen Kastam bersabit pengimportan cincin itu atau pun siasatan SPRM mengenainya.

Thursday, 28 July 2011

cik ros dah ada wesite sendirlah ..dot gov lagi


Selepas laman web Pejabat Wanita Pertama Malaysia atau F.L.O.M ditutup pada 27 Januari lalu, ia digantikan pula dengan laman web baru yang dinamakan DSR atau ‘Datin Seri Rosmah’.
Halaman khusus dalam laman web Jabatan Perdana Menteri itu boleh dilayari melalui alamat di http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/
Dengan latar utama berwarna merah jambu, bahagian atas yang mendominasi perhatian adalah paparan slaid bergambar aktiviti Rosmah yang berselang setiap 5 saat.
Manakala menu laman terbahagi kepada lima paparan selain ‘Laman Utama’ iaitu ‘Isteri PM’, ‘Bilik berita’, ‘Koleksi multimedia’ dan ‘Informasi kami’
Setiap paparan dipecahkan kepada beberapa sub-topik termasuk pautan ke laman web Persatuan Badminton Malaysia, BAKTI, Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, The Malaysian AIDS Council (MAC) dan Seri Perdana.
Laman DSR mengandungi arkib berita yang berkaitan Rosmah yang dipetik dari media massa tempatan selain artikel, ucapan dan diari.
Ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Rosmah yang berpakaian serba hijau disiarkan dalam rakaman video bergambar selama 3 minit 19 saat.
“Tujuan penubuhan laman web ini adalah untuk memberi peluang kepada para pengunjung sekelian untuk bukan sahaja mengenali saya dengan lebih dekat, tetapi juga dapat mengikuti dan memahami peranan dan tugas saya sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang keenam,” kata Rosmah dalam ucapan yang bertajuk ‘Mesej dari DSR’.
Mengikut statistik yang disiarkan, sehingga hari ini lebih 37,000 pengunjung telah melayari dengan purata 230 orang setiap hari.
Laman DSR menggunakan Kompleks Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya sebagai alamat. Namun tiada maklumat sama ada laman ini turut menggunakan laman blog mikro Twitter atau Facebook sebagai salah satu medium capaian.
Sebelum ini kewujudan ‘Pejabat Wanita Pertama Malaysia’ di Jabatan Perdana Menteri didedahkan Keadilandaily.com termasuk senarai nombor telefon serta pegawai yang bertugas di bahagian itu.
Enam orang pegawai yang mengendalikan bahagian itu diketuai Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.
Dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.OM), ia bertujuan menjaga urusan serta lawatan-lawatan isteri Perdana Menteri itu, namun ditutup selepas isu itu didedahkan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17817



ini hanya gambar hiasan

Wednesday, 27 July 2011

[video inside] pakai jersey malaysia warna kuning pun kena tangkap???





ini memang betul-betul lawak .baru ja tadi ada dalam tv tentang majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral. tapi part yang dalam video kat bawah takdak dalam siaran langsung tadi .harap maklum. ini memang betul-betul undang-undang rimba.

brader yang pakai baju kuning memang best !!! gua salute lu bro!!! .sampai juga dia sampai depan najib..terbaik lah!!!ada lagi satu lawak dalam video.pakai jersey malaysia warna kuning pon kena tangkap .apa cer ni oi ..esok malaysia lawan singapore .takan brader-brader polis ni nak kejar 80 ribu penyokong malaysia yang pakai baju kuning esok

..adoila!! parah-parah..

link tentang berita penangkapan click sini

Tuesday, 26 July 2011

[video inside] APA SELEPAS 9 JULAI? debat Datuk Ambiga vs Datuk Wira Wan Ahmad

Wacana Sinar Harian - APA SELEPAS 9 JULAI? - Kompleks Karangkraf Shah Alam - 26 Julai 2011. Ahli Panel - Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreevanasan dan Datok Shamsul.



















lagi cerita lawak dari patriot. [video inside]



aku baru terperasan video ni.itu pun sebab bro ameno ada dedahkan dlam blog dia (klik sini).sebelum ni aku dah ada cerita pasal lawak dari patriot ni (klik sini) tapi rupa-rupanya ada lawak yang lagi maha dasyat dari puak patriot ni.hehe.kat bawah ni ada 2 video. video itu jelas menunjukkan mereka mengedarkan baju patriot kepada sesiapa saja.pelancong ke, bangla ker ,nepal ker ,semua dapat baju ni.FREE..hehe.lawak siot geng-geng menantu pak lah ni.



Fitnah II: Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah



Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.
Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid .
Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.
“Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu,” kata Ram.
Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.
Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.
Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.
Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.
“Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya,” kata Anwar dalam afidavitnya.
Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.
Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.
Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.
Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.
Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17543

PECAH BERITA!! PRU13 September !!



Berita baru masuk!! Sumber dalaman memaklumkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung pada musim perayaan iaitu pada pertengahan September. Persediaan untuk pilihanraya kini berada di peringkat akhir dan juga di mana-mana bahagian yang terlibat dalam misi BN mempertahankan Putrajaya. Ini berikutan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang menghampiri kemuncaknya pada akhir bulan September.

Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan 'sapena' di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu 'misteri' itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily

Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.

BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.

Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.

Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...

EDYES @ edyesdotcom

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis- Dr Asri



Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).






Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:

“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin

Monday, 25 July 2011

Tak munasabah cincin RM24.45 juta Rosmah untuk pameran sulit- Chegu Bard



Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tidak percaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24.45 juta, hanya untuk tujuan pameran ‘sulit’.
“Kalau diikutkan dengan sifat Rosmah yang sukakan publisiti besar-besaran tentang apa jua yang melibatkan beliau, takkanlah beliau hendak mempamerkan cincin jutaan ringgit di Pameran yang Sulit?,” kata Badrul atau lebih popular dengan nama Chegu Bard.
Sebelum ini, sebuah blog, Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.
Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.
Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.
Mengulas lanjut, Chegu Bard tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah cincin berlian berkenaan telah dipulangkan semula kepada syarikat pengeluarnya, Jacob & Co yang berpengkalan di New York.
“Pelbagai penafian dan helah dibuat untuk mengaburi mata rakyat. Dan jangan terkejut jika dia (Rosmah) akan hantar balik cincin tersebut ke New York,” kata Chegu Bard ketika dihubungi Keadilandaily.
Chegubard sebelum ini mendedahkan bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.
Beliau pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand” yang dibeli Rosmah.
Bagaimanapun, sebaik sahaja SAMM membuat laporan kepada SPRM, sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam, dipercayai sebagai usaha untuk melindungi siasatan.
Sehingga kini Rosmah tidak memberikan sebarang penjelasan sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan berkenaan, dengan menyatakan berlian itu dibawa masuk bagi tujuan pameran sulit, sebelum dibawa keluar ke Singapura.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17472

Tohmahan Wahabi dan Pengganas-Khairy Jamaluddin



Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya yang telah diadakan hari ini, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul.

Sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang kepada Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah. Saya tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Dr Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas.

Pada pendapat saya, sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas.

Oleh yang demikian, saya mendesak agar Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media yang berkenaan dan sekiranya benar memberi Dr Asri dan mana-mana tokoh agama Islam yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas peluang untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.

dari fanpage Khairy Jamaluddin

Komisyen Scorpene, individu ketiga didedah semasa perbicaraan


Komisyen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar ‘pegawai peringkat tinggi’ kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia(Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta.
Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.
Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.
Individu ‘misteri’ itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.
“Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.
Menurutnya, Mahkamah Perancis semakin ‘meunjukkan minat’ dalam kes itu ekoran pentadbiran Najib menghantar pulang peguam Wiliam Bourdon yang mengendalikan kes rasuah berkenaan.
“Seperti rakyat Perancis yang terkejut dengan penghantaran pulang William Bourdon, kini mahkamah di negara itu semakin berminat dengan kes ini. Kecenderungan ini sama ditunjukkan oleh mahkamah Perancis seperti kes di Pakistan,” kata Cynthia.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 11 jurutera Perancis mati dalam serangan bom di Karachi pada 2002. Kejadian tersebut didakwa berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class.
“Jelas ada perkara sulit yang sangat-sangat ingin disembunyikan Najib sampai sanggup ‘menendang keluar peguam hak asasi William Bourdon.
“Suaram juga sedang memikirkan tindakan lanjut akibat keputusan kerajaan tempoh hari,” sambung Cynthia.
Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada penghantaran pulang William merangkumi arahan sebagai ‘persona non-grata’ iaitu individu yang dihalang dari memasuki Malaysia, atau pun larangan kemasukan bersifat sementara.
“Itu kena tanya Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri). Mereka menghalau William tanpa asas yang jelas. Namun, kami akan undang lagi beliau ke Malaysia.
“Apa yang menjadi isu ialah imej Malaysia tercemar teruk. Penduduk di Eropah terkejut dengan tindakan kerajaan dan semakin tertarik untuk terus mengikuti kes ini,” katanya.
Justeru, Cynthia mengalu-alukan sumbangan berterusan rakyat Malaysia kepada Suaram untuk membiayai kes perbicaraan di mahkamah Perancis yang bakal bermula September ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17415

Biometrik: Bukan langkah selamat malah sia-sia



Penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya, terutama bagi proses pengesahan pegundi, bukanlah satu langkah yang baik, tepat dan selamat, malah merupakan usaha yang sia-sia dan membazir.

Untuk membolehkankan pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak sepatutnya memperkenalkan sistem itu, tetapi menimbang 8 cadangan jawatankuasa Bersih 2.0 yang dikemukakan kepada pihak SPR dan kerajaan baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, hanya dengan menerima cadangan itu, semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan.

Menurut beliau, setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data.

Katanya, SPR telah diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data.

"Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

"Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem teknologi maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu, tetapi data atau maklumat yang berada di dalam pengkalan data SPR," katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas cadangan SPR untuk memperkenalkan sistem biometrik dalam pilihanraya.

Menurut beliau, dalam konteks SPR, hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data.

Data atau maklumat di dalam pengkalan data, katanya, tidak boleh berubah dengan sendirinya. Sebaliknya, ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya.

"Siapa yang menggunakannya? Anda tahu siapa? Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti data atau maklumat bukanlah kerana aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu, kenapa sistem biometrik dicadangkan?

"Sistem biometrik juga adalah sebuah aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini," ujarnya.

Sebagai contoh, katanya, sistem biometrik yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai kunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk capaian data atau maklumat daripada pengkalan data.

"Setiap rakyat Malaysia mempunyai nombor kad pengenalan unik dan boleh dipadankan dengan cap jari yang juga unik. Sepertimana maklumat nombor kad pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), cap jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan.

"Sepertimana didapati terdapat nombor kad pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), cap jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana nombor kad pengenalan dan cap jari yang sama dimasukkan oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang berbeza, keputusan daripada sistem biometrik juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi," kata Nasrudin.

Oleh itu, menurutnya, isu ketelusan dan pengundi hantu bukanlah kerana aplikasi capaian (perkakasan atau/dan perisian). Jadi, apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luar.

"Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan sistem biometrik itu?

"Secanggih manapun aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad Id, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika data atau maklumat yang sedia ada di dalam pengkalan data tidak dibersihkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai rakyat akan ketelusan mereka, saya tidak melihat sumbangan sistem biometrik itu kepada ‘ketelusan' itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

"Malah manipulasi sistem biometrik boleh dilakukan kepada pengkalan data. Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya,” tegas beliau.

harakahdaily

Himpunan 9 Julai, Ibrahim Ali kecewa




Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali melahirkan kekecewaan kerana kehadiran anggotanya ketika perhimpunan di Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu adalah kurang menggalakkan

“Kemuncak 9 Julai saya pergi ke daerah Selangor dan bertemu jawatankuasa Perkasa peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun notis singkat dalam pertemuan pertama tidak sampai 60 peratus hadir.

“Pusingan kedua juga sama dan ketika itu kita harap dapat pamerkan Perkasa berlegar di Tasik Titiwangsa.

“Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya,” katanya katanya dalam majlis penutup Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2010 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Pada perhimpunan 9 Julai lalu Perkasa memutuskan untuk bersiar-siar di Tasik Titiwangsa setelah permit mereka ditolak pihak polis.

Menyentuh mengenai kegagalan itu Ibrahim Ali berkata sekiranya perkara tersebut masih berterusan di kalangan anggota Perkasa tidak hairan sekiranya dua negeri iaitu Perak dan Selangor akan kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Politik Melayu

Menurut beliau kehadiran anggota Perkasa bagi kedua-dua negeri itu memberi makna besar kepada kelestarian kuasa politik Melayu.

“Kita tidak pandai putar belit seperti mereka…sampai akhirnya polis kena tayang video. Dulu mereka minta Suruhanjaya Diraja untuk kes Teoh Beng Hock, tapi bila dah tubuh mereka kata Suruhanjaya tidak betul.

“Jika dilihatlah peringkat bawahan keadaan seperti ini saya tidak taruh harapan terhadap Selangor.

“Kehadiran anggota di Perak dan Selangor memberi makna..tidak perlu saya ulas kerana Perak dan Selangor kita perlu kuat untuk mendukung kuasa politik kekal terhadap orang Melayu.

“Tetapi jika ini keadaannya..saya tidak menaruh harapan malah Selangor akan jadi seperti Pulau Pinang dalam proses.

“Kalau Selangor gagal kita ambil alih, satu penggal lagi ia akan jadi pintu masuk kepada Pakatan…pada masa itu 23 tahun pun belum tentu kita dapat tawan maka memekiklah kita,” katanya kepada kira-kira 500 anggota yang hadir.

freemalaysiatoday

Kajian: Kos hidup naik, BN boleh rasa tempias di PRU


Peningkatan kos hidup dilihat akan menyulitkan Barisan Nasional (BN) dalam menarik sokongan pada pilihan raya umum ke-13 khususnya di kalangan pengundi kawasan bandar yang berhadapan dengan kesan pendapatan kekal tidak berubah sedangkan paras inflasi pula mengalami kenaikan.

Pugutan suara di kalangan 100 warga kota oleh The Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan 44 peratus menuding jari ke arah kerajaan berhubung kenaikan kos berbanding 41 peratus mengaitkan dengan faktor global dan hanya lima peratus mempersalahkan golongan peniaga.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kadar inflasi pada Mei 2011 adalah 3.3 peratus, masih rendah daripada paras lima peratus yang boleh diterima oleh kerajaan.

Pentadbiran Najib tidak mengatakan bila akan memanggil pilihan raya umum tergempar, tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberitahu ahli-ahli Umno agar bersedia memandangkan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.

Daripada 86 orang, yang merupakan pengundi berdaftar, seramai 40 responden berkata kos sara hidup kemungkinan akan memberi kesan ke atas pendirian sokongan mereka dalam pilihan raya umum manakala 31 yang lain mengatakan tidak mungkin ada kesan ke atas mereka. Seramai 15 pemilih berkata kos sara hidup akan memainkan peranan berkecuali dalam menentukan siapa yang mereka akan mengundi kelak.

Seorang pesara Rohani Saad, 57, memberitahu The Malaysian Insider, dia percaya undi ketika pilihan raya umum merupakan satu-satunya cara boleh melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kenaikan kos sara hidup.

“Jika kerajaan mengatakan harga tak naik, harga tentu naik,” kata Rohani yang kini bergantung pada simpanannya.

Meskipun Rohani berjimat cermat, membelanjakan sekitar RM100 seminggu untuk barang-barang runcit bagi suami dan dirinya, dia merasakan kedudukan kewangan semakin buruk tahun ini.

Malah mereka yang agak berada pun merasakan mereka “miskin” sekarang ekoran peningkatan inflasi.

Seorang pengurus pejabat yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, kerajaan seharusnya memantau harga barang khususnya harga barang-barang keperluan seharian seperti makanan bagi membolehkan kos sara hidup dapat dikawal.

Meskipun pendapatan Anne dan suaminya mencecah RM10,000 sebulan tetapi dia terpaksa memotong bajet membeli ikan sebab ia terlalu mahal sekarang.

“Kami suka makan ikan, tetapi kami juga rasa perit (kenaikan harga),” katanya lagi.

Meskipun pentadbiran Najib menggerakkan program-program transformasi ekonomi tetapi kesannya belum dirasai rakyat memandangkan mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga barangan khususnya di kawasan-kawasan bandar berbanding kadar pendapatan.

Perkara ini juga dikesan menerusi pungutan suara yang diadakan.

Kira-kira 34 peratus responden berkata mereka merasakan kedudukan kewangan mereka lebih buruk berbanding setahun lalu manakala 43 peratus merasakan tiada sebarang perubahan dan 23 peratus mengatakan keadaan mereka lebih baik.

“Kehidupan di sini semakin buruk sekarang,” kata Choong, 40, seorang pemilik restoran di Subang Jaya.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki barangan keperluan berbanding negara-negara lain seperti England.

Selain perbelanjaan isu rumah yang semakin meningkat, katanya, bisnes restorannya merasai kesan memandangkan ramai pelanggan sudah kurang makan di luar ekoran kenaikan kos.

Bagaimanapun beberapa orang yang ditemui tidak bersetuju dengan Choong dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia lebih baik berbanding mereka yang tinggal di luar negara.

“Rakyat Malaysia yang tidak pernah tinggal di luar negara tidak tahu yang mereka sebenarnya bernasib baik kerana semuanya ada di sini,” kata Muhammad Zafran Kadir, seorang pengurus komunikasi dari Subang Jaya.

“Berbanding kepercayaan popular, Malaysia merupakan salah satu bandar raya paling rendah kos hidup. Ketika saya berada di Australia, saya mengeluarkan A$400 (RM1,280) seminggu untuk sewa. Jika bukan kerana pinjaman kerajaan, saya tidak boleh hidup,” katanya lagi.

Pun begitu, penganalisis memberi amaran bahawa kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara akan menjadi isu utama pilihan raya.

“Kos hidup sentiasa menjadi isu serius bagi kerajaan apabila berhadapan dengan pilihan raya,” kata James Chin, penganalisis politik dari Monash Univeristy kampus Malaysia.

“Ketika keadaan ekonomi tidak baik, kerajaan berhadapan dengan kesukaran,” katanya.

Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan berkata kos sara hidup merupakan isu paling ketara di kalangan orang ramai.

“Sejauh mana baiknya keadaan ekonomi, ia memainkan peranan signifikan dalam arah aliran pengundian,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Saiful juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan pilihan sukar memandangkan beliau terperangkap dalam dilema sama ada wajar memotong subsidi, sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal bagi mengimbangkan bajet kerajaan, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan situasi tekanan kenaikan harga barang.

Menurutnya, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak pada 1970 telah membawa kepada pergantungan ke atas campur tangan kerajaan dan subsidi, sekali gus mewujudkan budaya subsidi yang sukar bagi Najib untuk keluar.

“Bagaimana Najib boleh memberitahu publik bahawa subsidi tidak boleh berkekalan?” kata Wan Saiful.

“Beliau tidak boleh kata bapanya salah apabila melaksanakan DEB,” katanya lagi sambil menambah, “sesuatu yang malang bagi kerajaan buat masa sekarang.”

Wan Saiful berkata, Pakatan Rakyat memperoleh kelebihan politik daripada tindakan Putrajaya memotong subsidi dan impaknya ke atas kos sara hidup tetapi menurutnya, ia pendekatan popular dan tidak bertanggungjawab.

Malah kata beliau, sebagaimana kerajaan semasa, Pakatan Rakyat tidak dapat mengekalkan subsidi untuk jangka masa yang panjang.

Kata Wan Saiful, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding menentang pelarasan subsidi.

Sementara parti-parti politik berusaha memikat undi, pengundi sendiri kelihatan sinis dengan mendakwa bahawa sokongan mereka hanya dikira ketika pilihan raya tetapi bukan dalam persekitaran realiti.

Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, meskipun dia sudah banyak kali mengundi tetapi tidak merasakan undinya ada membawa sebarang perubahan.

Lee yang berusia 70 tahun berkata, dia kecewa kerana harapannya agar kehidupan akan bertambah baik tidak mendapat perhatian ahli-ahli politik.

Katanya, bilangan mereka yang mengunjungi gerainya semakin menurun memandangkan ramai mahu makan di rumah.

“Saya tidak tahu ke mana pergi mereka semua,” katanya dengan nada kesal.

themalaysianinsider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Bloggers - Meet Millions of Bloggers Kedah Blogger Community